? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 18 September 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sabtu, 22 Ogos 2009

Dugaan hari pertama puasa.

Bukan main beria, masak...untuk sahur...sebelum tidur..anak2 nak makan laparr..tapi tak bagi.Dah lewat. Suruh dia orang tidur..takut tak jaga sahur nanti. Last2 tak jaga..kesian..anak2.Alhamdulillah..dugaan hari ini dapat di atasi..mereka puasa..tanpa rasa lapar.Tambahan lagi..cuaca hari ini mendung dan tengahari hujan..tak lah rasa lapar sangat.

Khamis, 20 Ogos 2009

Doa Awal Ramadhan..

Syukur..Allah telah panjangkan umur..berjumpa lagi Ramadhan kali ini..semoga tahun ini kami sekeluarga makin bertambah amalan...
Doa awal Ramadhan.....
"Ya Allah,telah tiba bulan Ramadhan dan telah Engkau tetapkan ke atas kami berpuasa selama bulan ini.Dan Engkau telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk untuk sekalian manusia dan sebagai penerangan bagi petunjuk dan kebenaran. Ya Allah, bantuilah kami untuk mengerjakan ibadah puasa. Terimalah puasa kami dan peliharalah puasa bagi kami dalam kemudahan dan berilah kesihatan yang Engkau berikan kepada kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa keatas setiap sesuatu.Wahai Yang Pemurah lagi Yang Maha Mengasihani"
Amin.

Rabu, 22 Julai 2009

Familyday SKBB

Sampai kat rumah 12 malam..very tired..anak-anak dah letih..pagi esok familyday sekolah pulak...along esok kena balik asrama..so..terpaksa basuh baju...hampir kul 2 pagi baru settle..abah and anak2 dah lama tidur.. Familyday kat D`Teratai Kuala Abang..masing-masing unhappy sebab letih..tak cukup tidur..tapi bila dapat banyak hadiah..bukan main..muka moyok jadi ceria..Abah very sporting that day..join gak..dengan ummi..habis kul 3 petang....thanks for all kerana sudi ikut ummi.
ummi and abah...acara main belon...abah sporting
group ummi dapat no.1..baling getah..cayalah..ammar letih..baru balik langkawi..kena join lak program sekolah ummi
Adam..ngade..main gelung..asyik pegang..bawah..je.

Angah kena jaga adik..umi and yang lain makan..kesian

Langkawi

Alhamdulillah syukur..dapat menunaikan janji buat along..kerana dapat result UPSR 3tahun lepas..biar lambat asal tertunai..kekangan masa..so what ever pun..anak-anak semuanya gembira..termasuk abah.Langkawi..tempat-tempatnya menarik jugak..tapi kos untuk ke sana..mahal.Sempat juga shoping..sudu,kain batik and coklat Daim..and..keychain anak-anak ..untuk best friends..dia orang also their teachers. Adam and Ammar bukan main suka tengok penguin kat Waterworld..puashati dia orang..menjerit-jerit..seronok tengok.

Under Water world ..menarik kat dalam tu..
Padang Beras Terbakar..rupanya depan rumah orang

Sireh Lagenda..beli minyak gamat

Adam and the penguins..he,he..

Isnin, 11 Mei 2009

happy mothers day


Happy Mother's Day
Free Myspace Layouts




daripada:nur atirah =)

Sabtu, 31 Januari 2009

Nota kepada diri


Pada hari akhirat" Seorang manusia dibawa kehadapan Allah SWT,lalu Allah bertanya kepadanya" Tidakkah kamu sedar bahawa aku jadikan pendengaranmu,penglihatanmu,hartabendamu,anak-anak,haiwan dan binatang ternakan untuk kamu manfaatkan sebagai satu kemudahan, segala pokok dan tumbuhan,dijadikan pemimpin daripada kalangan kamu serta mengambil hasil mahsul daripada orang ramai.Ketika itu adakah kamu terfikir tentang hari pertemuan dengan-Ku?" Jawab manusia itu" Sesungguhnya aku tidak pernah memikirkan hari untuk bertemu dengan Engkau wahai Tuhan." Allah menempelak "Pada hari ini,Aku melupakan engkau sebagaimana engkau telah melupakan Aku".

Melalui riwayat At-Tirmizi,Rasulullah SAW menasihati Ka'ab bin'Ujrah dengan sabda baginda "Wahai Ka'ab bin 'Ujrah, sesungguhnya solat itu adalah hujjah"
Solat yg dilakukan dengan sempurna,dipenuhi rasa khusyuk dan ikhlas kerana Allah SWT akan tampil kehadrat Allah sebagai pembela.Solat akan berdiri mempertahankan tuannya,sesungguhnya "aku" adalah solat yang dilakukan oleh si polan itu.Oleh sebab itu,dalam sebuah hadith yang lain,Rasulullah menyifatkan solat itu tiang agama.Orang yang mengabaikan solat mereka telah meruntuhkan agamanya.

Generasi islam keturunan terutamanya melayu yang mudah layu..sudah mula jauh dengan agama Islam.Jauh sekali mencari ilmu Islam ..untuk lebih faham..surau dan madrasah tidak menjadi tempat dihati mereka..solat ditinggalkan tanpa rasa takut..Allah diragui kekuasaanNya...Allah sentiasa tidak adil jika bala menimpa..hinanya hamba seperti ini...Persoalan apa bezanya aku lahir Islam dan yang lain kafir? persoalan ini timbul kerana kejahillan mereka sendiri...bergembiralah syaitan..kerana pengikutnya telah memenuhi muka bumi..Apa faedahnya menjadi seorang Islam? Adilkah Allah menetapkan Qada dan Qodar ke atas makhluk ciptaanNya?Was-was dengan Allah?..rugilah orang-orang yang berfikiran sedemikian rupa!

Pemuda pemudi Melayu sudah ramai yang hanyut..berzina perkara biasa:kemudian mereka kahwin,anak yang dilahir tidak dididik dengan Islam sama seperti ibubapa mereka,maka berkembang baka Islam keturunan,anak-anak ini..pembawa masalah nanti..akan rosak masyarakat kalau tidak dibendung. dedah aurat..lelaki berantai dan bergelang..situasi pemudi melayu berseluar pendek telah menjadi trend...non muslim dan muslim tiada beza.Ini adalah tanda-tanda hampir kiamat..nabi telah berpesan akhir zaman,umat islam ramai tapi umpama buih di lautan..Islam pada nama.Ya,Allah gerunnya hatiku...bila mendalami IlmuMu...semua perkara yang ku coretkan telah berlaku didepanku..lindungilah keturunanku ya Allah..jadilah kami dari keturunan yang rajin mencari ilmuMu dan mengamalkan islam dalam kehidupan kami.Aku yakin dan percaya dengan janji dan balasan syurgaMu..aku amat takut dengan api nerakamu.Amin..