Pada hari akhirat" Seorang manusia dibawa kehadapan Allah SWT,lalu Allah bertanya kepadanya" Tidakkah kamu sedar bahawa aku jadikan pendengaranmu,penglihatanmu,hartabendamu,anak-anak,haiwan dan binatang ternakan untuk kamu manfaatkan sebagai satu kemudahan, segala pokok dan tumbuhan,dijadikan pemimpin daripada kalangan kamu serta mengambil hasil mahsul daripada orang ramai.Ketika itu adakah kamu terfikir tentang hari pertemuan dengan-Ku?" Jawab manusia itu" Sesungguhnya aku tidak pernah memikirkan hari untuk bertemu dengan Engkau wahai Tuhan." Allah menempelak "Pada hari ini,Aku melupakan engkau sebagaimana engkau telah melupakan Aku".
Melalui riwayat At-Tirmizi,Rasulullah SAW menasihati Ka'ab bin'Ujrah dengan sabda baginda "Wahai Ka'ab bin 'Ujrah, sesungguhnya solat itu adalah hujjah"
Solat yg dilakukan dengan sempurna,dipenuhi rasa khusyuk dan ikhlas kerana Allah SWT akan tampil kehadrat Allah sebagai pembela.Solat akan berdiri mempertahankan tuannya,sesungguhnya "aku" adalah solat yang dilakukan oleh si polan itu.Oleh sebab itu,dalam sebuah hadith yang lain,Rasulullah menyifatkan solat itu tiang agama.Orang yang mengabaikan solat mereka telah meruntuhkan agamanya.
Generasi islam keturunan terutamanya melayu yang mudah layu..sudah mula jauh dengan agama Islam.Jauh sekali mencari ilmu Islam ..untuk lebih faham..surau dan madrasah tidak menjadi tempat dihati mereka..solat ditinggalkan tanpa rasa takut..Allah diragui kekuasaanNya...Allah sentiasa tidak adil jika bala menimpa..hinanya hamba seperti ini...Persoalan apa bezanya aku lahir Islam dan yang lain kafir? persoalan ini timbul kerana kejahillan mereka sendiri...bergembiralah syaitan..kerana pengikutnya telah memenuhi muka bumi..Apa faedahnya menjadi seorang Islam? Adilkah Allah menetapkan Qada dan Qodar ke atas makhluk ciptaanNya?Was-was dengan Allah?..rugilah orang-orang yang berfikiran sedemikian rupa!
Pemuda pemudi Melayu sudah ramai yang hanyut..berzina perkara biasa:kemudian mereka kahwin,anak yang dilahir tidak dididik dengan Islam sama seperti ibubapa mereka,maka berkembang baka Islam keturunan,anak-anak ini..pembawa masalah nanti..akan rosak masyarakat kalau tidak dibendung. dedah aurat..lelaki berantai dan bergelang..situasi pemudi melayu berseluar pendek telah menjadi trend...non muslim dan muslim tiada beza.Ini adalah tanda-tanda hampir kiamat..nabi telah berpesan akhir zaman,umat islam ramai tapi umpama buih di lautan..Islam pada nama.Ya,Allah gerunnya hatiku...bila mendalami IlmuMu...semua perkara yang ku coretkan telah berlaku didepanku..lindungilah keturunanku ya Allah..jadilah kami dari keturunan yang rajin mencari ilmuMu dan mengamalkan islam dalam kehidupan kami.Aku yakin dan percaya dengan janji dan balasan syurgaMu..aku amat takut dengan api nerakamu.Amin..
200+ Contoh Soal UAS Bahasa Inggris Kelas X Semester 2 Beserta Jawaban
2 tahun yang lalu
3 ulasan:
wah!!cantiknyer blog ummi..
umi...tulislah post baru
gfhdhbnghghvb@$%Y
Catat Ulasan