? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, 28 Disember 2009

Congratulation..Along !!!

mee singapore,satay,nasi himpit,puding,apam gula hangus dan epal..calebrate Along..


Ika,fairuz dan ana...makan kak..makan..


..mok ngoh tumpang birthday mira..jimat kos..

..6 dara pingitan..

...seronoknya tok..

..tq cik..kek birthday..sponsor!!

...lambatnya potong..kek..

Syabas buat along..PMR 9A....semoga menjadi ikutan dan idola buat adik-adik.Alhamdulillah kejayaan kedua selepas UPSR buat along..ummi dan abah doakan kejayaaan bakal berterusan untuk SPM nanti..Angah,Aisyah,Anisah,Adam dan Ammar insyAllah pasti juga berjaya..Sesungguhnya kejayaan dan kecemerlangan menjadi anak yang soleh dan solehah itu adalah matlamat yang sebenarnya buat ummi dan abah.Sesungguhnya kejayaan yang kita perolehi adalah anugerah Allah..bersyukurlah kepadaNya..









Ingatan buat diri..

..Hotel Armada Petaling Jaya..
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,sedekahlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan....Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman ini.Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya.Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai IIahi walau dicemuh insani.

Khamis, 17 Disember 2009

salam Maal Hijrah & HapI bErHday AdAm

..seronoknya si adam...

..sibuk aisyah..macam birthday dia...
...happy birthday..adam...



sALam MaAl HijrAh...Semoga dEngGan terbitnya aWaL Muhharram ni dapat memberi kebaikan dan keberkatan kepada semua makhluk Allah.....amin...


Happy Birthday Adam..4 tahun dah..kejap je..dah besar...tahun ni..abah very excited..sanggup teman ummi pegi beli kek and topi..untuk Adam...ummi doakan adam dikurniakan Allah menjadi anak yang soleh dan beriman..menghormati orang tua..dan yang paling penting menjadi harta dunia dan akhirat..penolong ummi dan abah di akhirat nanti...amin.

Ahad, 29 November 2009

Wajah-wajah riang..cuti sekolah

..pening kepala..

..sukanya si Adam..dapat main.

..dua jejaka..yang suka gadoh..


Aksi adam...gagah ke?..seksi adalah..



Cuti sekolah..anak-anak berehat panjang kat rumah..kadang-kadang tension juga!!asyik bergaduh aje terutama ammar and adam..nak kurang tension pergi bawa dia orang ke taman permainan...Habis menu aku masak..banyak jugak dia orang makan..time ni..musim hujan pulak...makan tidur jelah.

Jumaat, 27 November 2009

Selamat Hari Raya AidilAdha

..Mama kak Ju,ayoh teh,kak fatin.tergelak tengok gambar pengantin.
..sodapnyo makan rumah mak su..

...tak larat dah..nak makan..


..makan tak nak..main nak..



..biar mama makan dulu..nanti papa lak, jaga anak dulu

Raya haji tahun ni..beraya kat rumah sewa..tempah aje dengan Yani..my best partner..tq yani.Nasi minyak, laksa kuah merah dan kuah puteh,roti jala,puding and nasi dagang..semuanya RM150..aje..sangat berbaloi-baloi...alhamdulillah tetamu datang dari pagi hingga petang. Mok,Ika and Ujang,anak-anak arwah,Keluarga Mok long ,keluarga Kak Nun,Keluarga Ayoh Teh,Cik ja dan Kak Nor and Faiz...tq..tahun ni tok aje qurban..insyaAllah tahun depan giliran kami qurban pulok.



Rabu, 25 November 2009

Banjir..dan keputusan UPSR

Kg. Nyiur
Masjid Kg.Nyiur

Depan Sek.Cina Paka


Banjir kali ini ..amat membimbangkan....kalau air naik dikawasan rumah tuk dan tokki..petanda banjir besar akan berlaku. Sekolah Balai Besar menjadi tempat pemindahan mangsa banjir..kawasan Dungun merupakan kawasan paling teruk di landa banjir..tapi hari ini mentari menampakkan dirinya..kain-kain bersidaian..kering! Mangsa banjir ramai dah pulang ke rumah masing-masing..tugas sebagai AJK banjir..tamat..mungkin ada gelombang 2,3 or..mintak-mintak tiada. keputusan UPSR ! alhamdulillah ..SKBB mencatat keputusan cemerlang .Seramai 42 orang mendapat 5A ...aku turut gembira..habis duitku..janji terpaksa ditunaikan. Dua orang pelajarku dari kelas ke 4..mendapat A for mathematics...

2009 ...bye,bye

..ampunkan dosaku Ya Allah..rahmatilah aku dan keluargaku..amin.

2009 hampir pergi...adakah masih ada waktu untukku..bersama suami dan anak-anakku..semuanya telah tertulis,namun aku tiada mengetahuinya.. dalam ruang kesempatan ini.Engkau telah menghadiahkan aku usia kian tua serta cangkir-cangkir kematangan, tidak kurang juga kesan luka dan kesakitan...nun,dihujung padang menghijau 2010 sedang menunggu.

"Orang yang bijaksana adalah mereka yang menghitung dirinya sendiri dan beramal bagi nasib sesudah matinya" (Riwayat at-Tirmizi)

Sabtu, 21 November 2009

Dapat menantu..

..mertua vs mertua...
..alhamdulillah,selamat..dgn redhaNya..

...buleh,..tahan gelak..pengantin.

...minggu depan..giliran aku pulok..nor..


Alhamdulillah... pada 13hb.November 2009 anak arwah kakakku Zaharah telah selamat melangsungkan hari bahagianya dengan Muhamad Fatri.Majlis akad nikah di Surau Ustaz Omar Jalan Nibong Stesyen Dungun dan jamuan serta bersanding di rumahku.. Sesungguhnya walaupun detik-detik penyatuannya mengambil masa hampir tiga bulan..tetapi dugaan dan cabaran buat ku amat berat sekali. Syukur aku dapat melaluinya..dengan bantuanMu Ya Allah.Semoga FARAH & FATRI berbahagia dunia dan akhirat dan mendapat rahmat Allah sentiasa. Cepatnya aku dapat menantu..kah..kah..

Jumaat, 18 September 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sabtu, 22 Ogos 2009

Dugaan hari pertama puasa.

Bukan main beria, masak...untuk sahur...sebelum tidur..anak2 nak makan laparr..tapi tak bagi.Dah lewat. Suruh dia orang tidur..takut tak jaga sahur nanti. Last2 tak jaga..kesian..anak2.Alhamdulillah..dugaan hari ini dapat di atasi..mereka puasa..tanpa rasa lapar.Tambahan lagi..cuaca hari ini mendung dan tengahari hujan..tak lah rasa lapar sangat.

Khamis, 20 Ogos 2009

Doa Awal Ramadhan..

Syukur..Allah telah panjangkan umur..berjumpa lagi Ramadhan kali ini..semoga tahun ini kami sekeluarga makin bertambah amalan...
Doa awal Ramadhan.....
"Ya Allah,telah tiba bulan Ramadhan dan telah Engkau tetapkan ke atas kami berpuasa selama bulan ini.Dan Engkau telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk untuk sekalian manusia dan sebagai penerangan bagi petunjuk dan kebenaran. Ya Allah, bantuilah kami untuk mengerjakan ibadah puasa. Terimalah puasa kami dan peliharalah puasa bagi kami dalam kemudahan dan berilah kesihatan yang Engkau berikan kepada kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa keatas setiap sesuatu.Wahai Yang Pemurah lagi Yang Maha Mengasihani"
Amin.

Rabu, 22 Julai 2009

Familyday SKBB

Sampai kat rumah 12 malam..very tired..anak-anak dah letih..pagi esok familyday sekolah pulak...along esok kena balik asrama..so..terpaksa basuh baju...hampir kul 2 pagi baru settle..abah and anak2 dah lama tidur.. Familyday kat D`Teratai Kuala Abang..masing-masing unhappy sebab letih..tak cukup tidur..tapi bila dapat banyak hadiah..bukan main..muka moyok jadi ceria..Abah very sporting that day..join gak..dengan ummi..habis kul 3 petang....thanks for all kerana sudi ikut ummi.
ummi and abah...acara main belon...abah sporting
group ummi dapat no.1..baling getah..cayalah..ammar letih..baru balik langkawi..kena join lak program sekolah ummi
Adam..ngade..main gelung..asyik pegang..bawah..je.

Angah kena jaga adik..umi and yang lain makan..kesian

Langkawi

Alhamdulillah syukur..dapat menunaikan janji buat along..kerana dapat result UPSR 3tahun lepas..biar lambat asal tertunai..kekangan masa..so what ever pun..anak-anak semuanya gembira..termasuk abah.Langkawi..tempat-tempatnya menarik jugak..tapi kos untuk ke sana..mahal.Sempat juga shoping..sudu,kain batik and coklat Daim..and..keychain anak-anak ..untuk best friends..dia orang also their teachers. Adam and Ammar bukan main suka tengok penguin kat Waterworld..puashati dia orang..menjerit-jerit..seronok tengok.

Under Water world ..menarik kat dalam tu..
Padang Beras Terbakar..rupanya depan rumah orang

Sireh Lagenda..beli minyak gamat

Adam and the penguins..he,he..

Isnin, 11 Mei 2009

happy mothers day


Happy Mother's Day
Free Myspace Layouts




daripada:nur atirah =)

Sabtu, 31 Januari 2009

Nota kepada diri


Pada hari akhirat" Seorang manusia dibawa kehadapan Allah SWT,lalu Allah bertanya kepadanya" Tidakkah kamu sedar bahawa aku jadikan pendengaranmu,penglihatanmu,hartabendamu,anak-anak,haiwan dan binatang ternakan untuk kamu manfaatkan sebagai satu kemudahan, segala pokok dan tumbuhan,dijadikan pemimpin daripada kalangan kamu serta mengambil hasil mahsul daripada orang ramai.Ketika itu adakah kamu terfikir tentang hari pertemuan dengan-Ku?" Jawab manusia itu" Sesungguhnya aku tidak pernah memikirkan hari untuk bertemu dengan Engkau wahai Tuhan." Allah menempelak "Pada hari ini,Aku melupakan engkau sebagaimana engkau telah melupakan Aku".

Melalui riwayat At-Tirmizi,Rasulullah SAW menasihati Ka'ab bin'Ujrah dengan sabda baginda "Wahai Ka'ab bin 'Ujrah, sesungguhnya solat itu adalah hujjah"
Solat yg dilakukan dengan sempurna,dipenuhi rasa khusyuk dan ikhlas kerana Allah SWT akan tampil kehadrat Allah sebagai pembela.Solat akan berdiri mempertahankan tuannya,sesungguhnya "aku" adalah solat yang dilakukan oleh si polan itu.Oleh sebab itu,dalam sebuah hadith yang lain,Rasulullah menyifatkan solat itu tiang agama.Orang yang mengabaikan solat mereka telah meruntuhkan agamanya.

Generasi islam keturunan terutamanya melayu yang mudah layu..sudah mula jauh dengan agama Islam.Jauh sekali mencari ilmu Islam ..untuk lebih faham..surau dan madrasah tidak menjadi tempat dihati mereka..solat ditinggalkan tanpa rasa takut..Allah diragui kekuasaanNya...Allah sentiasa tidak adil jika bala menimpa..hinanya hamba seperti ini...Persoalan apa bezanya aku lahir Islam dan yang lain kafir? persoalan ini timbul kerana kejahillan mereka sendiri...bergembiralah syaitan..kerana pengikutnya telah memenuhi muka bumi..Apa faedahnya menjadi seorang Islam? Adilkah Allah menetapkan Qada dan Qodar ke atas makhluk ciptaanNya?Was-was dengan Allah?..rugilah orang-orang yang berfikiran sedemikian rupa!

Pemuda pemudi Melayu sudah ramai yang hanyut..berzina perkara biasa:kemudian mereka kahwin,anak yang dilahir tidak dididik dengan Islam sama seperti ibubapa mereka,maka berkembang baka Islam keturunan,anak-anak ini..pembawa masalah nanti..akan rosak masyarakat kalau tidak dibendung. dedah aurat..lelaki berantai dan bergelang..situasi pemudi melayu berseluar pendek telah menjadi trend...non muslim dan muslim tiada beza.Ini adalah tanda-tanda hampir kiamat..nabi telah berpesan akhir zaman,umat islam ramai tapi umpama buih di lautan..Islam pada nama.Ya,Allah gerunnya hatiku...bila mendalami IlmuMu...semua perkara yang ku coretkan telah berlaku didepanku..lindungilah keturunanku ya Allah..jadilah kami dari keturunan yang rajin mencari ilmuMu dan mengamalkan islam dalam kehidupan kami.Aku yakin dan percaya dengan janji dan balasan syurgaMu..aku amat takut dengan api nerakamu.Amin..

Ahad, 25 Januari 2009

Peladang Setiu Agro Resort






Cuti-cuti Malaysia..Alhamdulillah dapat juga bercuti bersama anak2 di Setiu.Seronok bukan main lagi..ini kali kedua, kami ke sini.Tempat ni..memang sesuai untuk rilexkan otak...tak puas rasanya..time subuh,syahdu..baca quran diiringi bunyi air terjun,kicauan burung dan gerombolan ikan yang berenang..uiii best.Lain kali insyaAllah kami akan kunjungi lagi..