Rabu, 24 Disember 2008
Sweet home for sale
Rumah ini..bakal dijual...sedih rasanya.Nak buat macammana..tak nak banyak hutang!Rancangan kami nak buat rumah baru kat Paka.Anak-anak dah besar..perlu ruang yang besar sikit.Baru iklan kat Mudah.com..beberapa jam,dah ada yang berminat.Esok ada yang nak datang tengok.Semoga Allah mempermudahan perancangan kami..dan mengizinkannya..amin.
Rabu, 17 Disember 2008
Aurat....oh aurat!
Aku terasa hairan mengapa kalangan kita ini tidak faham atau saja-saja buat tidak faham dengan hukum Allah ini..AURAT!!! Kebanyakkan ahli keluargaku maklum..tapi masih ada yang menutup aurat hanya keluar dari rumah..atau hanya kerana bila hendak ke tempat kerja atau hendak ke pasar.Selepas pulang aje..belum sampai ke dalam rumah ..terus mencabut tudungnya..seperti lagak budak-budak yang kepanasan kerana bertudung seharian di sekolah.Sedih rasanya bilamana iparduai yang tidak menutup aurat bila bersama2 berkumpul di rumah tok and tokki..seolah-olah mereka tidak mempunyai asas agama..suami pun kurang menghadiri majlis agama dan tidak ambil berat langsung aurat isteri dan anak-anak,sedangkan akhirat nanti PASTI DIA AKAN DIPERSOALKAN..bagi anak-anak saudaraku..kebanyakkan mereka faham dan mempraktikkannya.Mereka menutup aurat antara sepupu lelaki dan perempuan serta bapa saudara sabit mereka..cuma ibu-ibu mereka yang masih keras..sukar dan payah...Jiran-jiran sekeliling rumah ku..AURAT alhamdulillah..faham lah jugak..tapi disekeliling rumah atuk..heee.lomah den! Depan2 mata..bila mereka berehat kat luar rumah...atau beraktiviti diluar rumah..selamba je ..tidak menutup AURAT..tapi kalau nak ke pasar malam atau kenduri tepi rumah..mereka bertudung..seolah2 mempermainkan HUKUM ALLAH..Buat kakakku dan adikku ajar dan suruhlah anak dan isteri menutup aurat..!!!!dan cuba praktikkan solat berjemaah bersama keluarga dan seterusnya..berjemaah bersama2 di rumah tok and tokki..Ramadhan kali ini..2009.
Sabtu, 13 Disember 2008
Alhamdulillah selamat dikahwinkan..
Majlis perkahwinan anak saudaraku (yatimpiatu)telah selamat berlangsung di rumah tok and tok`ki. Untung juga mak saudara ramai.Cik Aa sponsor duit,Pok din persiapan pelamin,mok yah bagi gula,yang lain sponsor tenaga,sponsor makanan,duit dan banyak lagi..suji as a cameramen, berjam-jam ambik gambar pengantin. Berpeluh pengantin..panas!!! banyak juga guna duit..tapi yang penting semangat kerjasama ahli keluarga..tolong anak saudara yatimpiatu..semoga ana and fairuz bahagia dunia dan akhirat dan menjadi suami isteri yang soleh serta dapat keturunan yang taat pada Allah.Tahniah..! ana dapat kursus jururawat..
Ujian Allah..bersabarlah
Pada hari Khamis 4hb.Disember 2008..rumah Hj Zalani dan Hjh Wan Norhaya teman semasa mengerja haji 2004 telah terbakar.Aku dan suami sempat ziarah ke rumah mereka di kemaman.Ramai yang menghulurkan bantuan tenaga dan wang..insyaAllah dengan iziNya wang yang dikumpul hasil sumbangan orang ramai dapat membina semula rumah yang musnah..itulah hikmah disebalik kejadian! Rumah yang mereka bina mengambil masa 9 tahun untuk siap..tapi dengan pertolongan Allah hanya seminggu duit yang disumbang dapat menyiapkan rumah baru..InsyaALLAH.
Isnin, 8 Disember 2008
Rumah atuk banjir
Lepas qurban..anak-anak tak sabar pergi ke rumah tok..banjir.Aku sempat buat nasi minyak dan rendang.Lepas makan nasi minyak,agihkan daging untuk jiran dan selebihnya bawa rumah tok ki untuk diberikan pada saudara kat paka..seronok budak-budak main air. Tok ki tukang kerat tulang-tulang.Mok teh buat sup tulang and gear box..Mok ngah belanja roti..makan sup dengan roti.ayoh cik bukan main makan...sedap.Tak sampai setengah jam..habis sup!!!! anak-anak sedara makan..ramai-ramai.Alhamdulillah semoga qurbanku dan suami diterima Allah..tahun depan dimurahkan rezeki dapat qurban lagi..INSYAALLAH...AMIN
Ahad, 7 Disember 2008
Inilah Qurbanku..
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar.Selamat Hari Raya Qurban..dalam keadaan musin hujan yang lebat...pada pagi ini,dengan izinNya cuaca terang dan hujan berhenti..umat Islam dapat mengerjakan solat sunat hari raya dan menyembelih lembu yang diniat qurban..dengan ikhlas semoga Allah menerimanya..selepas selesai ibadah yang dituntut ini..langit kelihatan mendung tanda hujan akan turun lagi..aku sempat melihat amarah ombak pantai yang mengganas..YA Allah..selamatkanlah kami dan umat islam dari bala bencana..